Tidak ada perkara tidak menarik, hanya orang yang tidak menarik . Sesetengah orang belajar dari berjalan sekitar tempat tinggalnya lebih banyak dari seorang ynag mengelilingi dunia
Kebaikan ,keramahan dan kegirangan , menghilang kedut , kebodohan malah kehodohan
Jika ikut rasa ,pergilah bersama arus . Jika mengikut prinsip, berdirilah seperti batu
Anda akan memperoleh ramai kawan dalam 10 minit dengan berminat terhadap mereka dari mencuba selama sebulan untuk orang berminat terhadap anda
Gunakan akal untuk menjurus diri anda ; hati untuk orang lain
Selami dan berfikir akan kegemilangan , dan anda akan lihat kegemilangan; tetapkan minda di kemuncak , dan anda akan berada di kemuncak
Mula-mula wujudkan matlamat ; ia lebih mudah , hampir secara automatik membina ANDA . Berusaha mencapai matlamat menghasilkan segala keperluan untuk mencapainya
Perbezaan seorang lelaki dewasa dan budak lelaki ialah lelaki dewasa menuju matlamat , budak lelaki hanyut
Untuk berada di neraka adalah untuk hanyut tanpa haluan ; untuk berada di syurga adalah untuk dipandu kearah pelabuhan kekayaan
Persekitaran banyak membentuk masa depan kita . Ambik masa untuk memilih yang mana akan membentuk , bentuk yang kita mahu
Setiap dari kita akan berhadapan kejayaan yang dibina sendiri . Mengapa tidak teruskan hidup supaya di usia 70 atau 80 kita dapat menikmati kejayaan tersebut
Untuk menemui diri sendiri , hilangkan diri anda dalam sesuatu yang besar dari anda . Kehidupan sebenarnya bergantung kepada sesuatu yang melebihinya . Lupakan kejayaan anda dengan bekerja untuk berjaya
Jika anda mahu gembira sehari . adakan parti ;untuk seminggu . pergi melancong ;untuk setahun , bina taman ; untuk selamanya , cari matlamat yang berharga
Apa yang dibuat dengan penuh minat adalah kepuasan penuh . Usaha yang dipaksa memenatkan kita 3 kali lebih cepat dari usaha penuh minat . Salah satu kebahagian hidup ialah MELAKUKAN APA YANG DATANG SECARA SPONTAN
Pilih kerjaya yang membina anda semasa anda membinanya
Biarkan semua orang membangunkan bakat istimewanya. Tiada perkara lain yang dapat mengekalkan kegembiraannya
Kita memerlukan seseorang untuk merangsang kita apa yang terbaik dalam diri kita
Kegagalan untuk merancang adalah perancangan yang tidak diketahui untuk gagal
Setiap pagi ucapkan : Saya akan memperbaiki sesuatu hari ini. Setiap individu yang berjaya adalah yang berfikir untuk maju
Prinsip-prisip asas untuk kejayaan telah di bawa oleh orang yang datang sebelum kita
Mendapat dan memenuhi tempat yang tepat adalah merupakan kejayaan bagi seseorang
Tukang kayu kelas pertama hidup lebih baik dari peguam atau pensyarah kelas ketiga
Kita hidup hanya sekali . Tetapi jika kita hidup dengan sebaik-baiknya sekali sudah mencukupi
Hanya seorang sahaja lelaki bujang yang menjadi presiden Amerika . Mengapa ? Kerana hanya segelintir orang bujang mempunyai tujuan
Sepanjang hari akan terasa singkat pada seseorang yang mempunyai tujuan , tetapi panjang pada orang yang tidak bertujuan
Seseorang yang membunag saparuh dari masanya adalah lebih baik diambil untuk berkerja

Cintai musuh anda kerana dari mereka anda dapat mempelajari kesilapan anda
Anda perlu lelaki yang bijak untuk mengenali lelaki yang bijaksana dan yang lebih bijak untuk belajar darinya
Orang yang mempunyai ilmu yang penuh ialah yang sentiasa memperlajarinya sendiri
Menjimatkan duit seperti sebuah mesin yang bekerja untuk semasa kita tidur ,makan ,berjalan dan berehat
Jika anda tahu nilai wang , cuba pinjam dari seseorang
Untuk membersihkan dunia , setiap insan perlu membersihkan diri mereka sendiri dahulu
Jika anda serius untuk berjaya , anda perlu ada matlamat hidup sebagai cinta pertama anda dan cinta kedua ialah menguasai diri
Berhati-hati pada iblis itu iaitu " Bertangguh" kerana ia sentiasa merayu untuk membuat anda leka , berggossip dan membuang masa . TV - bacaan pada yang tidak boleh membaca, hiburan pada orang yang tidak suka berfikir
Ganjaran terbesar boleh didapati dari datu pekerjaan tidak terletak pada gaji yang diterima tetapi dari pembentukan peribadi
Miskin seseorang itu bila dia tidak bersabar kerana percubaan pertama jarang meraih kejayaan yang agung
Eisenhower : Jangan sesekali membuang masa untuk berfikir tentang orang yang anda tidak suka
Anak lelaki anda hanya menjadi anak sehingga dia beristeri tetapi anak perempuan adalah anak perempuan selamanya
Pendapat musuh kita adalah selalunya lebih tepat dari pendapat kita sendiri terhadap diri sendiri
Seseorang itu lebih bergembira walaupun miskin atau kaya jika ia menemui kegembiraan itu di rumahnya sendiri
Kita adalah apa yang kita fikirkan .Jika yakin dengan kuasa tersendiri maka adalah kekuasaan diri
Kita mencipta elektrik , bom atom dan sistem komunikasi sejagat. Disamping semua pasti ada lagi ciptaan semulajadi manusia yang hanya menanti hari untuk ditemui . Kita tajamkan minda kerana pelayaran penemuan ciptaan hanya baru bermula
Setiap orang lahir untuk meraih kejayaan , ianya hanya menanti untuk dibimbing dan dibangunkan
Di fikirannya gelap dengan ribut kekeliruan , akibat diet yang keterlaluan . Tetapi bila dia mendapat makanan yang sikit dan dia dapat menghabiskannya , dia lebih ceria keesokan harinya
Manusia seperti juga peluru, meluncur dengan lebih pantas jika ianya lebih halus . kita dapat meraih apa juga kejayaan jika kita berbahasa dengan sehalusnya
Setiap kali kali kita menyerah kepada satu kelemahan . kita akan lega seketika , tetapi yang mana anda lebih suka , kelegaan sementara atau kebebasan selamanya dari sikap lemah
Kita akan lebih berjaya jika kita berjaya melawani kemalasan dan kelemahan . Jika lebih suka kesenangan dan kemudahan , lupakan saja kekayaan
Kita belajar dengan lebih pantas dan yakin apabila menerima rintangan hebat dalam cuaca, agama ,perkauman dan politik , halangan dan pendapat yang berlainan
kemiskinan di usia muda adalah amat menyakitkan . Tetapi kemiskinan adalah "insentif" yang tertinggi untuk meraih kejayaaan
Kerja lebih itu selalunya berpunca kerana tidak membuat kerja-kerja ringan di masa dan ketikanya . Tiada yang lebih menjimatkan masa dan kebimbangan daripada berbuat sesuatu perkara di masa ianya diperlukan
Berusaha dengan gigih dan tekun akan tambah beruntung kita dan kehidupan menjadi lebih dengannya
Peraturan emas ialah berkorban itu merupakan satu saham untuk masa depan
Untuk sentiasa bersedia untuk hari esok ialah dengan sentiasa menghabiskan kerja hari ini dengan sempurna
Edison : kebijaksanaan itu adalah 1% inspirasi dan 99% usaha
Sentiasa mencuba adalah harga untuk sentiasa membina diri sendiri
Terlalu ramai di antara kita yang membina kemahiran diri sendiri kecuali kemahiran menggunakan segala kemahiran : keyakinan diri
Pelajaran itu adalah sesuatu susah dan mahal .Walaupun berapa pun harganya, ianya adalah lebih murah dari kejahilan
Untuk kehidupan yang lama , sarapan seperti seorang kaya, makan tengahari dengan sederhana dan makan malam seperti seorang yang papa kedana
Kejayaan bermakna disiplin yang kukuh . Apabila Rome tidak berdiplin, ia mula runtuh . begitu juga yang terjadi kepada 18 tamadun yang lain . Jika disiplin tidak dibentuk  dari diri sendiri , ianya akan dipaksa keatas diri kita . Hadiah terunggul yang boleh diberi kepada anak-anak anda adalah disiplin diri . Tanpanya anak-anak anda tidak akan dapat menerajui sesuatu walaupun dipaksa menerimanya
Berkerja itu adalah satu kehidupan . Bertangguh satu kematian . Undang-undang dunia : Gunakan atau ianya akan meninggalkan anda
Usaha itu adalah tangan kanan kekayaan .Tangan kirinya adalah berjimat . Penolongnya adalah belajat
Orang yang kaya menilaikan usaha mereka lebih daripada kekayaan yang di capai . Kerana usaha mereka yang membuat mereka gembira
Kita kurang matang selagi kita fikir kita melebihi daripada kebiasaan
Jika mahu yang lebih , korbankan perkara-perkara yang remeh
Keyakinan yang padu membuatkan minda berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu perkara
Memberhentikan satu azam seumpama membuang  bulatan tali ke bawah . Seutas tali terhurai memerlikan lilitan semula untuk mendapatkan sebiji bola
Hendak menyegerakan pembentukan diri ? Buang yang remeh . Luangkan masa dan usaha kepada perkara penting sahaja
Se auns keyakinan merupakan sepaun ilmu. Anda perlu yakin untuk berdikari
HL Mencken : Dalam jangkaan saya hanya 1/3 manusia ada fikiran yang asli. Membaca adalah menerima dan dan menyerap ilmu . Berfikir adalah mengeluarkannya dan memberi
Setiap hak asasi yang diterima bermakna terdapat kewajipan melaksananya
Ramai orang lebih suka membaca dari berfikir , kerana ianya mudah
Tiada makhluk bersyarah sehebat semut . Semut tidak berkata-kata , semut bersyarah melalui perbuatan
Menolong lebih mulia dari berdoa sahaja . Kerana agama itu adalah perbuatan , bukan dengan hanya bertadah dan melutut
Sentiasa berbuat sesuatu diluar dugaan anda kerana

1. Anda tidak akan tahu sama ada anda dapat melakukanya tanpa mencuba

2. Pembangunan diri hanya datang apabila kita membuat sesuatu atau dimana kita beusaha membuat sesuatu yang susah atau baru

Mimpikan sesuatu yang mustahil kerana ianya membuat sesuatu itu menjadi kenyataan . Selalunya begitu
Apabila mendapat kegembiraan , konsi bersama-sama . Ia dilahirkan kembar
Sedikit penerangan , sedikit muafakat, sedikit kemaafan dan setiap pergaduhan akan tamat
Untuk menolong orang, jangan hanya berkongsi kekayaan . Tetapi tolonglah mereka berusaha ke arah kekayaan mereka sendiri
Berunding adalah peguam yang paling bagus dan yang paling murah . Kerana ianya lebih baik daripada sesuatu saman . Sesuatu perjanjian tertera selamanya dengan rundingan . Memaksa seseorang tidak akan berhasil
Jangan sekali membanggakan kejayaan anda atau membesarkan keburukan orang lain
Sahabat sejati adalah mereka yang tahu keburukan anda tetapi masih membenarkan hajat anda
2 perkara yang tidak baik untuk jantung anda ; Berlari ke tingkat atas dan merendahkan maruah seseorang
Mengkritik sesuatu kaum dan bangsa sama seperti mengkritik tuhan yang menjadikannya
Belajar untuk sentiasa berteleransi dengan pendapat orang lain .Kerana ianya amat susah seperti mana orang lain terpaksa bertoleransi dengan pendapat anda
Jangan sesekali mengabaikan orang asing. Dia mungkin menjadi kawan dan seterusnya pelindung kamu
Seseorang yang bijak akan menghadapi dugaan-dugaan kecil yang meremehkan kerana dia tahu akan kebesaran ganjaran yang pasti diterima
Apabila kita disalahkan , anggaplah ianya dugaan yang kecil, jangan diperbesarkan dengan mengingatinya selama-lamanya
Walaubagaimana sibuk pun seseorang , ingat supaya sentiasa bersopan . Walaupun tidak selalu dapat apa yang dipinta tetapi kata-kata yang diberikan biarlah berbahasa
Amalan diri sendiri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakan tentang diri sendiri
Menerima pertolongan merupakan sesuatu rahmat, menolaknya berertinya menghina . Tangan terbuka menjadi ikatan erat
Bagaimana buta pun seseorang itu , dia akan sentiasa celik akan kesilapan orang lain
Seseorang itu tidak akan lebih kaya tanpa sahabat. Sentiasa memcari sahabat baru tetapi jangan sekali lupa yang lama . Baru itu seperti perak .Lama itu seperti emas
Nikmat itu boleh didapati dalam 9 perkataan : Lupa tentang diri sendiri , selalu ingatkan orang lain dahulu
Adalah kurang bijak untuk berlagak pandai atau lebih daripada orang sekeliling kita
Tergelincir kaki boleh dirawat .Tergelincir kata-kata kekal selama-lamanya
Menipu adalah satu jalan mudah dari menyelesaikan sesuatu masalah atau menjawabnya . Jangan sekali-kali menipu . kerana apabila diketahui akan menjadi lebih bahananya darikesilapan sebelumnya itu . Akan dilaknati alam
Belajar untuk menyukai semua orang yang anda temui . Bagaimana ?  Hanya cari 2 kebaikan mereka . Ianya adalah lebih mudah kerana sesiapa jua mahupun seorang pembunuh , akan mempunyai lebih kebaikan dari kejahatan
Sesuatu keyakinan mantap akan menerbitkan semangat "boleh buat" . "boleh buat" menerbitkan "bagaimana" untuk membuat
Apabila kita mempercayai seseorang itu kita akan buat kurang kesilapan daripada apabila kita meraguinya
Sesuatu "tidak" itu apabila diucap dengan sopan dan tertib tidak mengecilkan hati dari sesuatu "ya" yang di diucap dengan biadap
Apabila anda memuji seseorang itu anda lebih menguntungkan dari sendiri daripada orang lain
Mengkritik itu sendiri adalah satu kesalahan yang lebih besar dari apa yang dikritik. Kerana adalah amat mudah untuk mengkritik dari membetulkannya
Meninggi suara merendahkan kuasa . Orang yang berlagak saja yang pandai berkata-kata. Orang bijak sentiasa mendengar dahulu
Marah itu hanya satu perkataan dan satu saat jauh dari bahaya
Sesuatu senyuman bermula dari senyuman terdahulunya. jadilah yang pertama terseyum
Apabila bertemu orang baru , pastikan anda tinggalkan dia sebagai kawan
Kata-kata yang tajam lebih menghiris dari pedang yang tajam
Adalah mudah untuk menjadi ceria apabila kehidupan anda berjalan lancar tetapi seorang itu akan dikagumi di masa derita jika dia masih mampu tersenyum
Untuk menajamkan fikiran anda , paksa diri untuk memikirkan tentang sesuatu topik tanpa berhenti .Ini membina daya tumpuan ,ingatan ,keyakinan dan ketekunan anda .
Jangan biarkan  anda tanpa pena dan kertas untuk mencatat sesuatu tip , idea , rencana atau rancangan-rancangan yang tidak disangka
Setiap hari tanya pada diri anda : bagaimana saya boleh membuat sesuatu dengan lebih cepat , murah
Ijazah universiti itu bukan lagi kunci kejayaan sebenar seseorang . Kunci keemasan untuk selamanya-lamanya keyakinan diri sendiri dan mempunyai matlamat dalam kehidupan . Membuat perkara yang perlu dilakukan , apabila diperlukan tidak mengira kita ada keinginan atau tidak melakukannya
Ketawa adalah tonik dan rehat paling murah . Darah memuncak , dada yang bergerak,saraf mengalir menghilangkan duka lara , takut dan marah. Kawan pun suka , membuatkan kita gembira dan memberi kehidupan yang baru
Kejadian paling indah apabila seorang itu berpegang kepada prinsip ialah tidak membazir dan kekal dengan resolusinya untuk berjimat
Pelajaran sarjana yang terpenting sekali iaitu B.K.S (Buat Kerja Sekarang) telah menjadikan seorang yang biasa menjadi luarbiasa lebih daripada sekeping kertas ijazah . Sikap semulajadi M.K (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala jenis penyakit , bodoh , kekurangan wang dan kekurangan peluang
Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membuat sesuatu . Jika anda menunggu masa terbaik untuk melakukannya , anda akan kecewa .Semua keputusan yang bersejarah itu dibuat tanpa mendapat maklumat yang menyeluruh .Ini kerana sejarah dicipta tanpa menunggu inspirasi . Peringatan bahawa masa yang ada adalah sekarang
Jangan selalu menunggu sehingga ada mood atau semangat untuk memulakan satu perkara . Kita perlu menentukan mood kita sendiri . Bagaimana ? Dengan terus melakukannya . Buat sesuatu . walaupun apa jua . Inspirasi jarang mengerahkan amalan . Amalan sentiasa memberi inspirasi
Mengkritik apa yang ada di sekeliling kita adalah salah satu tindakan yang bodoh jika kita lakukan
Terdapat banyak kebaikan dalam sesuatu yang hina dan terdapat banyak keburukan dalam yang indah
Seketika ini lahirnya pelbagai peluang kepada kejadian anda . Kenikmatan membina , kenikmatan perlakuan dan pengembaraan , kerana semalam hanyalah mimpi dan esok adalah wawasan . tetapi hari ini jika digunakan sepenuhnya boleh menjadikan semalam mimpi kegembiraan . JAGALAH HARI INI DENGAN USAHA
PERHATI HARI INI KERANA IANYA SATU KEHIDUPAN DARI KESELURUHAN KEHIDUPAN ITU SENDIRI
HAYATI KEHENINGAN SUBUH
Kita hidupkan detikan kehidupan kita hanya sekali , tiada sesiapa yang tahu bila masa dan saatnya ia akan berhenti. Dari itu setiap amalan yang berguna harus dilakukan dengan bersungguh sungguh kerana tiada siapa tahu bila kehidupan itu akan mati
CARA PALING MUDAH DAN SEGERA UNTUK MERUBAH PERIBADI IALAH DENGAN MEMPUNYAI SATU MATLAMAT DAN BERUSAHA KEARAHNYA
Kita dapat berubah dengan sentiasa belajar dan membaca, bertafakur dab berdoa
Kita dapat merubah diri dengan mencontohi orang-orang yang terkemuka seperti : Lincoln, Franklin ,Emerson dan lain-lain
Kita boleh merubah diri kita dengan merubah pemikiran, sikap dan amalan
Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal . penakut menjadi berani , malas kepada rajin , berdosa kepada berbakti , tidak berguna kepada srikandi dan dari miskin kepada kaya
Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita
Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan
Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh berubah nasibnya sendiri
Kenali musuh dan diri sendiri, kamu akan mampu bertempur seratus pertempuran tanpa tewas